Friday, November 8, 2013

HARI SELASA

Kisah hari selasa lepas.  Keluar lepak dengan geng2 yang selalu travel dengan saya.  Ely and Jukie.  Walaupun tak cukup korum, tapi tak pe lah.  Faham bila masing2 busykan.    Actually lamanya saya tak jumpa dorang.  Last time weols pergi Bali bulan March dulu, tu lah kali terakhir saya dengan dorang... huhuhuuu... giler lamakan.  

Tapi dorang ade gak jumpa2 sebelum ni, cuma saya aje yang tak dapat join atas macam2 alasan yang tak dapat nak dielakkan.  

So weols decide kali ni nak lepak2 lunch kat The Curve.  Omagaiiiiii hari  tu parking sana-sini penuh hokey.   Jenuh gak ler nak kena pusing and pusing and pusing baru leh dapat parking.  Hurmmmm... 


Lepak2 lunch kat Little Penang, pastu gi ronda2 cuci mata.  Sale sale sale... huhhhhh... betul2 mencabar keimanan weiiii.  

Tapi kalau dah nama pun sale, amat2 lah susah untuk mendapatkan size yang bersesuaian.  Asyik habis, habis, habis jekkk... nyampes ai tauuu..


Pastu tetiba Jukie ajak masuk Padini... haaaaaaa memang tak salah tempatlah kan.  Boleh gak tengok baju2 kerja.  Masuk jek situ ahkak rasa nak fitam tauuu.. Mana taknya, semuanya... diulangi semuanyaaa kat situ sale 50%-70%!  Fitammmmmm!  Dari baju2 kerja, kasual dan jugak kasut2 vincci! Omaigoddddd.   

Tengok itu bekenan, tengok ini bekenan, tengok sana bekenan, tengok sini bekenan, tapi tulah, mcm yang saya cakapkn tadi, amatlah susah untuk mendapatkan size yang bersesuaian dengan kita. Kebanyakkan yang tinggal cuma size2 besar jek.   Tapi tak pe, masih ada gak ler sikit yg bersesusaian... kihkihhh....

Dan ini lahhhhh suasannya di 'changing room'.  Huhhhhh... walaupun ada 10 bilik kat situ, tapi masih kene beratur panjang macam ni uols.  Kat belakang saya tu masih panjang lagi beraturnya tuh.  Sale punya pasalkan.   Nak2 lak saya dapat tau yang hari selasa tu last day sales tu.  Sales yang berlangsung selama 4 hari sajok katanya. 


Kesian Jukie, yang dicarinya tak dapat, tapi orang yang tak plan nak beli pape lak shopping bagai nak rak.  Kikikiikiii.. begitu lah nasib bila lelaki keluar g shopping complex dengan perempuankan. Kekdahnya Jukie tunggu kat kerusi luar sampai tertido menunggu saya dan Ely memborong barang2 sales.  Hehehee... Soweyyy Jukie.

Penat berjalan then weols lepak kopi2 jap kat Coffee Bean sementara nak tunggu hujan yang maha lebat tu stop.  So sembang2 kosong sambil planned kemana destinasi percutian kami yang seterusnya.

Wihiiiiiiii... tak sabar hokey!  Tahun ni baru sekali weols gi holiday sesama.  Cuma saya adalah gak ikut Kak Ina and geng bikers gi holiday kat tempat lain.  Tapi amatlah tak sabar nak pergi sesama lagik.




Bila hujan dah reda dalam pukul 6++, weols decided untuk balik.  Penat separuh hari dok kat The Curve tu :p   Jommmm balikkk... 

Kekdahnya hari tu saya amat berpuas hati membeli baju2 kerja saya kat Padini.  Dengan hanya membelanjakan RM307.00 saya berjaya membawa pulang 4 helai baju, 2 helai seluar dan 3 pasang kasut Vincci.  Amat-amat berbaloi.  Puas hati beli time2 sales nih kan.  

Tapi dah nama pun beli barang2 Sales, kekdahnya kasut2 tu disumbat jek dalam beg tu tanpa diberi kotak!  Huhhh... Takpa lah, kalau kasi kotak pun bila sampai rumah, dibuang jugakkan.  Hekhekk (ayat nak sedapkan hati sendiri).

Ok tu aja aktiviti di hari selasa yang basah ari tu.  Apa-apun saya tak sabar nak tunggu esokkkk!  Yihaaaaa... Short holiday katanya *winkwink*

Ok dah.. babai.. mmuahhh muuaahhh..




No comments: