Monday, November 11, 2013

PENAT

Hohohoooo... penat lom hilang lagik.  penat penat penat dan penat. Kul 1pm baru masuk ofis.  Rasa macam nak jek cuti ari nih.  Tapi apakan daya.   Rasa macam nak jer bercerita-ceriti pasal kejadian2 di JB and Singapore weekend lepas.  Tapi bila badan ni still lagi letih, otak pun turut gak letih.  

Tengok lah malam2 kang ke, esok2 ke baru update kot.  Nak buka mata pun tak larat lagi nih.  Babai..




Friday, November 8, 2013

HARI SELASA

Kisah hari selasa lepas.  Keluar lepak dengan geng2 yang selalu travel dengan saya.  Ely and Jukie.  Walaupun tak cukup korum, tapi tak pe lah.  Faham bila masing2 busykan.    Actually lamanya saya tak jumpa dorang.  Last time weols pergi Bali bulan March dulu, tu lah kali terakhir saya dengan dorang... huhuhuuu... giler lamakan.  

Tapi dorang ade gak jumpa2 sebelum ni, cuma saya aje yang tak dapat join atas macam2 alasan yang tak dapat nak dielakkan.  

So weols decide kali ni nak lepak2 lunch kat The Curve.  Omagaiiiiii hari  tu parking sana-sini penuh hokey.   Jenuh gak ler nak kena pusing and pusing and pusing baru leh dapat parking.  Hurmmmm... 


Lepak2 lunch kat Little Penang, pastu gi ronda2 cuci mata.  Sale sale sale... huhhhhh... betul2 mencabar keimanan weiiii.  

Tapi kalau dah nama pun sale, amat2 lah susah untuk mendapatkan size yang bersesuaian.  Asyik habis, habis, habis jekkk... nyampes ai tauuu..


Pastu tetiba Jukie ajak masuk Padini... haaaaaaa memang tak salah tempatlah kan.  Boleh gak tengok baju2 kerja.  Masuk jek situ ahkak rasa nak fitam tauuu.. Mana taknya, semuanya... diulangi semuanyaaa kat situ sale 50%-70%!  Fitammmmmm!  Dari baju2 kerja, kasual dan jugak kasut2 vincci! Omaigoddddd.   

Tengok itu bekenan, tengok ini bekenan, tengok sana bekenan, tengok sini bekenan, tapi tulah, mcm yang saya cakapkn tadi, amatlah susah untuk mendapatkan size yang bersesuaian dengan kita. Kebanyakkan yang tinggal cuma size2 besar jek.   Tapi tak pe, masih ada gak ler sikit yg bersesusaian... kihkihhh....

Dan ini lahhhhh suasannya di 'changing room'.  Huhhhhh... walaupun ada 10 bilik kat situ, tapi masih kene beratur panjang macam ni uols.  Kat belakang saya tu masih panjang lagi beraturnya tuh.  Sale punya pasalkan.   Nak2 lak saya dapat tau yang hari selasa tu last day sales tu.  Sales yang berlangsung selama 4 hari sajok katanya. 


Kesian Jukie, yang dicarinya tak dapat, tapi orang yang tak plan nak beli pape lak shopping bagai nak rak.  Kikikiikiii.. begitu lah nasib bila lelaki keluar g shopping complex dengan perempuankan. Kekdahnya Jukie tunggu kat kerusi luar sampai tertido menunggu saya dan Ely memborong barang2 sales.  Hehehee... Soweyyy Jukie.

Penat berjalan then weols lepak kopi2 jap kat Coffee Bean sementara nak tunggu hujan yang maha lebat tu stop.  So sembang2 kosong sambil planned kemana destinasi percutian kami yang seterusnya.

Wihiiiiiiii... tak sabar hokey!  Tahun ni baru sekali weols gi holiday sesama.  Cuma saya adalah gak ikut Kak Ina and geng bikers gi holiday kat tempat lain.  Tapi amatlah tak sabar nak pergi sesama lagik.




Bila hujan dah reda dalam pukul 6++, weols decided untuk balik.  Penat separuh hari dok kat The Curve tu :p   Jommmm balikkk... 

Kekdahnya hari tu saya amat berpuas hati membeli baju2 kerja saya kat Padini.  Dengan hanya membelanjakan RM307.00 saya berjaya membawa pulang 4 helai baju, 2 helai seluar dan 3 pasang kasut Vincci.  Amat-amat berbaloi.  Puas hati beli time2 sales nih kan.  

Tapi dah nama pun beli barang2 Sales, kekdahnya kasut2 tu disumbat jek dalam beg tu tanpa diberi kotak!  Huhhh... Takpa lah, kalau kasi kotak pun bila sampai rumah, dibuang jugakkan.  Hekhekk (ayat nak sedapkan hati sendiri).

Ok tu aja aktiviti di hari selasa yang basah ari tu.  Apa-apun saya tak sabar nak tunggu esokkkk!  Yihaaaaa... Short holiday katanya *winkwink*

Ok dah.. babai.. mmuahhh muuaahhh..




Thursday, November 7, 2013

MELAYAN MAK BUYUNG MAKAN KATANYA...

Ahaaaaa... tajuk takleh blah.. :p   Tapi memang betul pun kan.  Isnin petang lepas habis kerja, gi teman orang mengandung yang mengidam nak makan steamboat.  Tak baik wooo kalau tak tunaikan permintaan orang mengandung.. kannnn...

Muka kegembiraan bila dapat tunaikan hajat... hiksss.. kak inaaa kak inaaaa... nasib baik mengidam nak makan steamboat jek.. heheeee...


Actually tak plan pape pun.  Tetiba jek monday tu dalam pukul 5pm kak ina roger2, cakap teringin nak makan steamboat and ajak saya pegi Flaming Steamboat kat Danau Kota tu.  Saya pulak time tu baru jek selesai membelasah 6 keping putu piring.  Lunch pulak makan mmg tak hengat donia, habis sepinggan beef fried rice saya bedal.  Memang perut dah sendat gila2 dah time tu.



Tapi yer la kan, dah kata pun orang mengandung teringin and ajak kite pergi makan, pastu perkara yang paling best tu sebab katanya dia nak belanja, kikikii.. perut sendat pun perut sendatlahhh.. zassss pukul 6 sharp terus kluar dari ofis and terus ke Danau Kota... :)


Tapi tu lah, makan pun ala2 kadar jek.  Sebab perut memang betul2 sedat.  Memang dah tak boleh nak paksa2 lagi.  Dah ler hari tu pakai skirt ketat.  Ruginyeeee lahaiiii... Dah nama pun buffet steamboatkan, memang rugi sesangat ler kalau makan ala kadar jek.  Tak berani dah saya nak makan lebih2, kang takut termuntah lak kat situ, tak pun skirt terkoyak lak kang.  Bak kata Kak Ina "alaaaa nape ej pakai skirt ketat sangat, kalau tak boleh makan lagi"... kikikikiii.. akakkk akakkk, mane la saya tau akak nak belanja saya hari tu kan.  Kalaulah  saya tau, sureeeeeeeeee lunch n petang tu saya tak makan tau and sureeeeeee hari tu saya pakai skirt or seluar yang longgar2... heheheheee...



Haaaa tu diaaaaa.... see my peruttttttt!!! aiyaooooooo... spare tyre memang dah tak leh sembunyi weiiii.. Mana dengan skirt tu ketat nak mampos! Dok menekan kuat giler kat perut tu ha..  sikit punya baekkkkk terjojol keluar lelemakku sayang itu.   Memang time tu saya rasa macam nak jek buka zip n butang kasi boleh bernapas sket.  Sesat sangat dah rasa nak benapas time tu hokey!

Apa2 pun, terima kasih daun keladi yer akakku sayang.. next time kalau mengidam ape2 lagi and kalau nak belanja lagi roger chek awai2 nooo.  Senang chek nak bersiap sedia dari awai... kikikiki.... 






Wednesday, November 6, 2013

MACAM TAK BEST JER, MACAM TAK BEST JER...

Hari ahad punya cerita,  pegi buat facial kat kat The Lake, Sungai Besi.  Dapat tau tempat ni dari FB. So saja2 la nak cuba buat facial kat sinikan.  Sampai sana lebih kurang dalam pukul 1pm.  Masuk jer bilik untuk facial tu terus saya bercakap dalam hati 'wow, bestnye... bilik yang cozy ditambah lak dengan bau2an yang sangat menenangkan pastu di pasang lak muzik ala2 bali gitu.  1st impression mmg sangat2 best la.




Serius saya rasa sangat2 selesa dengan environmentnya.  Saya direkomenkan untuk cuba Gold Brightening Treatment yang mengambil masa 2 jam.  Saya ikut aja.  Apa2 ajalah kan, janji best. 

Cuma tu lahh... apa orang kata, indah khabar dari rupa.  Haaa lebih kurang gitulah kekdahnyakan.  Masa yang diberitahu adalah 2 jam, tapi facial tu dah selesai dalam masa cuma 1jam 15minit.  Mana pegi lagi 45 minit ekk?? huhuhuuu...  




Beauty therapist pun mcm ermmmm... ntah lahhh.  Buat pun ala2 kadar jekk.  Semuanya kejap2 je.  Cuci muka n scrub muka pun sekejap gile kot.  Digosok2 2-3 kali pastu cuci.  Macam tu jugak bila time scrub, digosok2 2-3kali pastu cuci.  Ape nih?? Time dia wapkan muka lagi lah rasa mcm nak jerit, yang kene wap tu cuma bahagian dahi.  Bahagian2 lain langsung tak kena... Adoyaiiii... camne ni?? G kursus tak dik sebelum jadi beauty therapist ni?? hohohooo... 

Dan yang paling kelakar, gold eye mask n gold face mask yang digunakan tu adalah yang kita dok beli online tu!  dimana sesetengah orang yang berniaga online ni bagi benda2 tu free kat kita kalau kita beli barang2 online mereka.  Aiyooooooo...  Sedih mak, nyahhh!


Saya sgt2 kecewalah.  Betul2 kecewa.  Tak berbaloi dengan apa yang saya bayar tu.  Facial macam tu saya boleh buat sendiri kat rumah.  Tak perlu nak bayar sampai 2ratus.  Kekdahnya bila balik rumah, terus saya tengok cermin dan terus terjerit kecillah kan "apa nih?  white head masih belambak kat bahagian dagu nih??"  hurmmmm.. 

Cukuplah sekali... takkan pergi lagi ke situ.  Lebih baik saya pergi kat Dr Alice,  walaupun mahal sikit tapi servicenya amat2 tip top.  Beauty therapistnya semua terlatih.  Puas hati.  Ingat nak support lahh facial spa melayu nih, tapi kalau dah mcm ni caranya, baik tak payahlah.






Monday, November 4, 2013

MEE UDANG

Alang2 dah Taiping tu memang tak sah la kan kalau tak singgah makan mee udang kat Kuala Sepetang.  So hari tu 1st time saya makan mee udang Mak Jah ni.  Selalunya kalau pegi Kuala Sepetang saya akan makan kat Mak Teh mee udang atau pun Salleh mee udang.

Kali ni kita terjah mee udang Mak Jah la pulok.





Sedikit kekecewaan terjadi pabila udangnya sudah habis uols..  uhukk uhukkk.  Yang tinggal cumalah ketam sajork.  Yer lah, dah pukul 7.30pm pun kan.  Dah lewat.  So mee ketam pun mee ketam lah. Janji leh lapik perut yang dah lapaq krokk krokkk nih.


Saya order nasi goreng ketam.  Ok lah, boleh la di terima oleh mulutku ini.  Sempat la juga rasa mee ketam yg di order kak ina tu.   Kuahnya ok laa, pedas2 manis gitu kannnn.  Not bad.

Apa2 pun, saya tetap jugak suka makan mee udang Salleh.  Terbaik di antara ketiga-tiga kedai yang saya pernah makan nih.  Mee udang Salleh jugak yang menjadi pojaaaaaan mulut n perutku.

Cuma tu la, kedainya penghujung jalan Kuala Sepetang tu, so ramai yang tidak tahu kewujudan Mee Udang Salleh tu kan.  Sian diaaaa...  Tetiba rindu nak makan koey teow goreng udang Salleh tu.   Dapnyeeeeeeee.... Takpe, akan ku terjah jugak situ dalam masa terdekat nih.

Ok dah... Babaiiii..





SABTU

Hari minggu yang menyeronokkan.  Tapi dalam2 berseronok tu ada jugak terselit benda yang tak seronok.. huhuhuuu... Tak pe, bab tak seronok tu nanti2 lah di cerita.

T/hari bertolak dari KL.  Mula2 singgah Gopeng dulu hantar mak kak ina balik kampung.  Dari situ kami terus ke Taiping.  Yeahhh ke Perak Bike Week yang diadakan di Taman Tasik Taiping.




Tapi macam tak berapa best sangat.  Sedikit membosankan, maybe sebab event ni tak besar mcm event2 bikers yang lain kot.  Maybe lah.  Orang pun tak ramai sangat.  Faktor waktu sama kot, sebab weols sampai pun dah petang.



So pusing2 kejap, tinjau2 kejap, pastu blah jek.  Group2 bikers yang weols join pun dah blah time weols sampai.  Dapat panggilan dari mereka ajak ke Kuala Sepetang makan mee udang.


So weols pun rush ke sana lah.  Cuma sedikit terkilan sebab Perak Bike Week ni memang agak membosankan.  Tshirt yang dijual pun tak cantik.  Terus masing2 tak jadi beli.  Konon2nya nak beli buat kenangan.  Takpe, at least datang jugak dari tak datang langsungkan.

Ok, to be continue.. babaiiii...






Friday, November 1, 2013

Anak-anak baru yang tak berapa baru

Hohohooo... tak sabar2 nak kenalkan anak2 baru saya :)  penyeri hidup dan peneman setia.. kikikii..





Sangat manja & gedik (mcm mommynya jugak).  Dua2 ni pengganti nonie (kucing kesayangan saya dulu yg dah mati :( ).  Hilang satu berganti dgn dua.  Alhamdulillah.  Suka sangat dgn keletah kedua-duanya yg tak boleh nak berenggang langsung.  Ok itu saja, babai.





Hari ini hari jumaat.  Yeahhh, esok & lusa adalah hari untuk bermalas-malasan.  Ermm tapi rasa2nya esok nak keluar dari kl jap kot.  Ambik angin jap dgn kawan2.  Al-maklumlah sekarang ni dah 'bebas'. Bebas dari segala-galanya.  Bebas nak bergerak ke sana sini, bebas nak berkawan dengan sesiapa saja, dan macam2 lagi lah kan yang bersangkut paut dgn perkataan bebas nih.. hikss..  So sementara masih solo dan bebas nih (chewahhhh ayat tak leh blahkan) lebih baik buat apa yg rasa nak buat (asalkan tak menyalahi undang2 dan tak kacau orgkan).

Ohh nampaknya otak masih 'tepu'.  Masih dalam mood nak biasa2 kan diri balik kat sini.  Dalam ada je benda nak taip tetiba 'hilang ingatan kejap'... huhuhuuuu.. oklah, chiawww..





Thursday, October 31, 2013

Hohoiii... sgt kelakar laa!  Terkial-kial lak nak update blog nih.  Ni la kekdahnya bila dah lama tak update.  Lain sgt semuanya.. hikhikkk.. Take time jugaklah nak biasa2kan diri balik nih.  Bukan senang noo.  Nak ambik mood satu bab, nak biasakan diri dgn blogspot ni pun satu bab jugak.

Hurmmm tapi macam pelik lak, tetiba aja mood nak menaip kat sini berkobar-kobar.  Maybe sebab kat FB susah kot nak taip panjang2, susah nak merapu meraban lebih2.  Kalau nak merapu meraban tu lebih selesa kat blog kot dari FB.  Moga2 kali ni tak hangat2 taik ayam lagi lah.  Banyak sgt benda nak cerita tapi tak tercerita kat FB tu.  Susah2.. sgt susah..